Thursday, December 25, 2008

PEKELILING PASTI NEGERI 16/2008

Kepada :
Ketua Unit-Unit
Pengerusi PASTI Kawasan Kawasan

Tuan,

PEKELILING 16/2008
KEPUTUSAN-KEPUTUSAN MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR KALI KE 16 - SESI 2007 / 2009


Perkara diatas adalah dirujuk.

Pihak tuan diminta mengambil PERHATIAN dan TINDAKAN diatas perkara-perkara berikut:-

1. Mulai tahun depan PASTI Pusat akan memberi buku percuma kepada anak yatim dan tugas PASTI kawasan kena beri jumlah serta nama pelajar pada minggu ke 2 bulan Januari 2009 nanti.
2. Menggalakan mana-mana kawasan untuk menubuhkan PASTI perpaduan kepada pelajar non – muslim pada tahun depan.
3. Bengkel huraian pemantapan 5 tahun 6 orang untuk setiap negeri. Mesyuarat bersetuju menghantar 3 MGP negeri dan 3 guru mengikut zon pada tarikh 14-16/12/08 di pejabat PASTI Pusat. Cikgu Sharul Iza diminta hadir kebengkel tersebut untuk unit kurikulum.
4. Hari Anugerah PASTI Pusat berlangsung pada 31/1/09( Sabtu ) bertempat di Pejabat PASTI Pusat.
5. PASTI Selangor bersetuju menyertai pertandingan mencipta logo PASTI sempena sambutan Jubli Perak PASTI Pusat.
6. Kursus guru pada 26-28/12/08, cadang buat di PULAPES Jugra Banting. Keutamaan kursus kepada guru yang nak dikonvokesyenkan pada tahun depan.
7. Hari Kecemerlangan Pelajar tak jadi buat di D’ PALMA INN kos yang mahal dengan konsep Hi Tea, tempat lain di cadang Tabung Haji Kelana Jaya.
8. Ihtifal PASTI Pusat selangor johan katogeri sajak lelaki dan perempuan, bercerita perempuan. PASTI negeri bercadang akan membuat kertas kerja yang standart supaya boleh diguna pakai di peringkat kawasan dan cawangan.
9. PASTI Selangor diumumkan johan pertandingan 3K peringkat PASTI Pusat di Kedah.


Segala kerjasama tuan-tuan didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira.

Yang Menjalankan tugas;
Mohd Aslam Bin Mohd Khanani
Setiausaha Jabatan PASTI Negeri Selangor.

Tuesday, December 16, 2008


PROGRAM PENGURUSAN DAN HALATUJU PASTI KAWASAN SERDANG PADA 27 DISEMBER 2008 (SABTU)

Bertempat di :
Pusat Khidmat Masyarakat Putra Mahkota
No. 15A Tingkat 1 Jalan SP 1/5
Bandar Sri Putra, Bangi.

JAM : 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari
TENTATIF
8.30am : Pendaftaran
9.00 am : Pembentangan 1: Pengurusan & Pentadbiran PASTI Cawangan Oleh Cikgu Rosli
10.30am : Minum Pagi
11.00 am : Pembentangan 2 : Halatuju PASTI Kawasan Serdang 2009 Oleh Hj Shahronizam
12.30 tgh : Makan Tengahari & Bersurai


(Setiap Pasti Cawangan sila hantar 2 wakil, sebaik2nya Pengurus dan seorang AJK)
(sila hantar maklumbalas kepada Pengerusi sebelum 25 Disember 2008)

Sunday, November 30, 2008

Maklumat Dari Mesyuarat PASTI Negeri

Untuk tindakan dan perhatian tuan/puan pengurus-pengurus dan MGP :

1. Pasti seluruh negara dikehendaki memberi percuma buku teks keada anak-anak yatim yang mendaftar sebagai murid PASTI tahun 2009 di mana PASTI PUSAT akan membiayai kos modal buku teks PASTI tersebut. (sila serah nama pelajar tersebut kepada j/k Pasti Kawasan)

2. 'PASTI Perpaduan' sudah mula boleh dibuka untuk tahun hadapan sekirannya ada permintaan dari 'non-muslim'.

3. Pertandingan mencipta logo sambutan 25 tahun PASTI Malaysia. Peraturan dan syarat2 pertandingan boleh rujuk di laman web pasti negeri selangor.

4. Pengurus2 boleh mencalonkan guru dikalangan pasti cawangan untuk pencalonan guru cemerlang peringkat pasti kawasan serdang. Sila serah nama kepada j/k PASTI Kawasan.

Thursday, November 27, 2008

Analisis Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun PASTI Kawasan Serdang 2008




Di atas merupakan hasil analisis keputusan peperiksaan akhir tahun Pasti Kawasan serdang bagi tahun 2008. Berdasarkan analisis ini kita dapat melihat keseluruhan pencapaian pelajar2 pasti kawasan serdang. Bagi pelajar 6 tahun kita dapat melihat mata pelajaran yang mendapat bilangan paling kecil bagi gred A ialah mata pelajaran Bahasa Arab iaitu seramai 326 orang berbanding keseluruhan pelajar 590 orang. Mata pelajaran yang mendapat bilangan paling ramai bagi gred A ialah matapelajaran PSSPI iaitu seramai 530 orang. Dengan analisis ini sebenarnya kita dapat merancang bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran pasti kawasan serdang...


Wednesday, November 26, 2008

KURSUS GURU PASTI

Assalamu'alaikum w.r.t
Kepada :

Pengerusi Kawasan-kawasan,
Majlis Guru-guru PASTI Kawasan,
Guru-guru PASTI cawangan-cawangan.

Tuan/Puan,

KURSUS GURU PASTI TERAKHIR 2008

Perkara diatas dengan segala hormat dirujuk. Dimaklumkan bahawa PASTI Negeri Selangor akan mengadakan kursus bagi guru-guru PASTI seluruh negeri Selangor.

2. Makluman Kursus adalah seperti berikut :

KURSUS GURU-GURU PASTI
Tarikh : 19 -21 Disember 2008 atau 26-28 Disember 2008(Jumat-Ahad)
Tempat : (Akan diberitahu kemudian), Selangor Darul Ehsan.
Peserta : Guru-guru PASTI yang bakal konvokesyen, seluruh negeri Selangor.
Guru-guru yang telah hadir 3 kali kursus asas atau lanjutan.
silibus 5 tahun

3. Kehadiran guru-guru perlu dimaklumkan sebelum atau pada 28 November 2008 . Sebarang masalah sila hubungi saya (0122800458) atau saudara Mohd Al-Hafiz B. Adzhan di talian 013-3449306. Perhatian yang tinggi serta kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian ,terima kasih.

“ KEARAH PENGURUSAN CEMERLANG PASTI SELANGOR”
” PASTI FOR ALL ”

Yang Menjalankan tugas;
Mohd Aslam Bin Mohd Khanani
Setiausaha Jabatan PASTI Negeri Selangor.

s.k : setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
: Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Sunday, November 16, 2008

PEKELILING PASTI NEGERI

PENDAFTARAN PASTI BARU 2009, HUTANG KAWASAN 2008, PENYELARASAN SEMULA MAKLUMAT PASTI CAWANGAN DI KAWASAN

Sukacita, ingin menarik perhatian tuan-tuan & puan-puan berkaitan perkara di atas.

1.Kawasan-kawasan yang ada membuka PASTI cawangan yang baru pada 2009, sila hantar borang Pendaftaran PASTI cawangan ke pejabat PASTI NEGERI Selangor bagi urusan sijil pendaftaran PASTI S ELEWAT-LEWATNYA 15 DISEMBER 2008 .

2. Baki Hutang kawasan mohon diselesaikan sebelum 20 disember 2008

3. Sila ambil perhatian: mohon kepada semua pengerusi kawasan-kawasan supaya mengemas kini maklumat PASTI CAWANGAN dibawah kawasan masing2 untuk penyelarasan semula maklumat PASTI CAWANGAN-CAWANGAN 2009 NANTI.

BUTIRAN TERSEBUT adalah :
a) NAMA & ALAMAT PASTI.
b) NO PENDAFTARAN BESERTA salinaN SIJIL pendaftaran.
c) maklumat AJK: NAMA,ALAMAT & NO TEL.
d) GAMBAR muka depan PASTI CAWANGAN.
e) butiran murid 2009( mengikut jantina (lelaki& perempuan)dan jumlah semua murid) butiran murid sehingga tarikh 1 Feb 2009 .. #( dikemaskinikan sehingga 1 jun 2009 kemudian maklumkan jika ada perubahan)
f) bilangan kelas ( kelas 4tahun, kelas 5 tahun, kelas 6 tahun)
g) senarai maklumat guru (nama,no i.c)

sekian terima kasih

Yang Menjalankan amanah

Mohd. al-hafiz B. adzhan
SUK PASTI SELANGOR

Thursday, November 13, 2008

PEKELILING PASTI NEGERI

Ruj.kami: PAS/DPPNS/PASTI/.08/3.09/07/(15)
21hb SEPTEMBER 2008


Kepada :
Ketua Unit-Unit
Pengerusi PASTI Kawasan Kawasan

Tuan,

PEKELILING 4/2008
KEPUTUSAN-KEPUTUSAN MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR KALI KE 15 - SESI 2007 / 2009

Perkara diatas adalah dirujuk.

Pihak tuan diminta mengambil PERHATIAN dan TINDAKAN diatas perkara-perkara berikut:-

1. Harga buku 5 tahun dan 6 tahun akan berubah berikutan kenaikan kos kertas. Harga akan diketahui melalui keputusan PASTI Pusat.
2. Lebihan buku tahun ini untuk 5 tahun sila kumpulkan jumlahnya dan maklum kepada SUK untuk tindakan selanjutnya kePASTI Pusat.
3. Proses pencalonan guru terbaik tahun2009 setiap kawasan boleh dibuat mulai sekarang. Bagi membolehkan Penaziran negeri turun untuk membuat penilaiaan.
4. Borang analisis sudah diterima dari PASTI Pusat diminta tindakan selanjutnya daripada kawasan-kawasan.
5. Ada peruntukan kebajikan kecemasan daripada ADUN-ADUN dibawah RM 2,000.00 Ketua Unit Kebajikan kawasan-kawasan boleh memanfaatkan perkara ini jika berlaku musibah
6. Bersetuju memberi RM1,000.00 kepada PAST DARUL ULUM 5 yang berjaya menjadi johan 3K peringkat negeri Selangor untuk penambahbaikan dalam proses pertandingan peringkat kebangsaan .
7. Mana-mana kawasan yang hutang tertunggaknya lebih dari RM2,000.00 tidak akan diberi kertas soalan akhir tahun.
8. Ihtifal PASTI Pusat pada 31/10/08 hingga 1/11/08 buat diSeri Mentalon Kedah, Kontijen Selangor setuju menghantar 1 buah bas meliputi 19 pelajar, 12 guru pengiring, 4 ALP,4 MGP dan 1 ketua kontijen.
9. Untuk tempahan buku 2010 setiap kawasan mesti membuat cagaran post date cek untuk pembayaran deposit 20%.
10. Peringatan diberi tempahan baju untuk 2009 jangan berlebihan kerana rekabentuk baju akan berubah mulai tahu 2010.
11. Bersetuju mengadakan kursus terakhir pada tahun ini bagi mencukupkan syarat guru untuk dikonvokesyen.
12. Bersetuju melantik cikgu Roseman untuk mengetuai Majlis Pemuafakatan Pra Sekolah dengan dibantu oleh saudara Rozi Malik.

Segala kerjasama tuan-tuan didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira. Sekian terima kasih.

Yang Menjalankan tugas;

Mohd Aslam Bin Mohd Khanani
Setiausaha Jabatan PASTI Negeri Selangor.


s.k :
setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.

Monday, November 3, 2008

Tahniah!! PASTI Kajang Utama dan PASTI Al-Ehsan


Isnin, 3 November 2008, peperiksaan setara peringkat Kawasan Serdang telah dijalankan di PASTI As-syakirin Teras Jernang. Seramai 72 orang pelajar telah menduduki peperiksaan tersebut. Iaitu 36 orang pelajar bagi lima (5) tahun dan 36 orang pelajar lagi bagi pelajar enam (6) tahun. Pelajar ini dipilih bagi mereka yang telah mendapat tempat pertama dan kedua di PASTI peringkat cawangan2....Keputusan peperiksaan setara peringkat Kawasan Serdang :



  • Tempat pertama bagi pelajar 5 tahun : PASTI Kajang Utama

  • Tempat pertama bagi pelajar 6 tahun : PASTI Al-Ehsan

Pelajar yang mendapat tempat pertama ini akan pergi ke ujian pemilihan murid terbaik peringkat negeri selangor pada 7 November 2008 (Jumaat), jam 10pagi hingga 11 pagi di bilik seminar PASTI PUSAT, Gombak..............""Semoga berjaya!!!!!!"


Wednesday, October 15, 2008

Jemputan ke Taklimat Ihtifal Peringkat Kebangsaan

Assalammu'alaikum wr. wbth.Jemputan ke Taklimat IHTIFAL beserta Mesyuarat berkaitan IHTIFAL Peringkat Kebangsaan

Tarikh : 21 Oktober 2008 (Selasa)
Masa : 9 malam
Tempat : Pejabat Pemuda, Shah Alam

Sasaran :

Ø Pengarah PASTI Negeri
Ø Timbalan Pengarah PASTI Negeri
Ø Setiausaha PASTI Neger
Ø Pengerusi MGP & Ahli Jawatankuasa MGP Negeri
& Pengerusi Kawasan serta Jurulatih ihtifal (1 ACARA-SEORANG guru pengiring) yg disebut dibawah ini


ACARA KAWASAN
1.PERTANDINGAN NASYID KLANG
2.PERTANDINGAN HAFAZAN (LELAKI) GOMBAK
3.PERTANDINGAN HAFAZAN (PEREMPUAN) KUALA.SGR
4.PERTANDINGAN BERCERITA (LELAKI) GOMBAK
5.PERTANDINGAN BERCERITA (PEREMPUAN) SEPANG
6.PERTANDINGAN SAJAK (LELAKI) HULU.SGR
7.PERTANDINGAN SAJAK (PEREMPUAN) HULU.SGR
8.PERTANDINGAN AZAN (LELAKI) KAPAR
9.PERTANDINGAN PIDATO (PEREMPUAN) SERDANG
10.
PERTANDINGAN KHUTBAH (LELAKI) GOMBAK

Adalah diharapkan tuan/puan dapat memberi maklumbalas status kehadiran kepada pihak sekretariat Pejabat PASTI (Aslam-0122800458 / hafiz 0133449306) untuk pengurusan seterusnya.

Perhatian : Pengurus atau wakil Pasti Abqori (Cheras Jaya) sila hadir bersama Pengerusi PASTI Kawasan ke taklimat ini.

Tuesday, October 14, 2008

Selamat Menduduki Peperiksaan


13 - 16 Oktober 2008 merupakan tarikh peperiksaan akhir tahun pelajar PASTI bagi pelajar 5 tahun dan 6 tahun. Walaupun pada tahun ini pasti menghadapi kesulitan untuk penerimaan buku teks untuk 5 tahun...tetapi kita mengharapkan pendidikan yang diberikan kepada anak2 kita tidak terjejas. Lebih2 lagi ilmu mengenal Allah dan Islam...yang penting anak2 kita dapat beramal dengan ilmu yang disampaikan oleh guru-guru pasti kita. Semoga dengan keikhlasan ibubapa yang menghantar anaknya ke pasti dan berkat kesungguhan/keihklasan guru pasti sudah pasti akan membuahkan hasil yang baik dan bermanfaat......."selamat maju jaya"

p/s: MGP harap dapat buat analisis keputusan nanti.

Thursday, September 25, 2008

Disaat Berpisah dengan Bulan yang Dikasihi.........


Ramadhan tetap akan meninggalkan kita....namun bagaimana dengan kita, adakah kita merasa layak menerima title 'taqwa' daripada Allah swt..la'allakum tattaqun (moga2 kamu akan bertaqwa)...atau adakah kita menjadi orang yang celaka seperti yang di amin oleh Rasulullah saw ketika megaminkan doa yang disampaikan oleh Jibril. (iaitu orang2 yang tidak merebut apa2 peluang amalan ibadah ketika di dalam bulan ramadhan)....Kita boleh bertanya pada diri kita adakah kita merasa amat sedih untuk meninggalkan bulan ramadahan yang mulia ini..atau adakah kita merasa terlalu seronok untuk menyambut hari raya sehingga kita terlupa bahawa bulan yang amat dikasihi ini akan meninggalkan kita......sekiranya kita merasa sedih seperti orang yang amat dikasihi meninggalkan kita...itulah title taqwa yang mungkin kita telah perolehi..............


'Salam Aidilfitri...maaf zahir batin"

Daripada AJk PASTI Kawasan Serdang

Sunday, September 21, 2008

KEPUTUSAN MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN DPPNS

1. Peperiksaan setara pelajar terbaik Cawangan(yang mendapat no. 1 dan 2) ke Kawasan pada 3 Nov. 2008 (kertas soalan akan diberi oleh PASTI negeri Selangor.
2. Peperiksaan setara pelajar terbaik Kawasan ke Negeri pada 7 Nov. 2008 (kertas soalan akan diberi oleh pasti pusat dan tempat akan dimaklumkan kemudian)
3. Uniform baru guru dari PASTI Pusat pakai setiap hari Isnin dan semua guru WAJIB beli dengan kos kain ditanggung oleh ASTI cawangan. Arahan, buat baju berjubah dengan tangan bercekak dan duit sila serahkan kepada Pn. Yati (Ketua MGP negeri selangor 017-3335612)
4. Guru terbaik PASTI negeri selangor akan datang perlu melalui proses pemilihan di peringkat kawasan dan diteliti oleh penaziran dan keputusan penuh akan dibuat oleh Dewan Harian PASTI Selangor.
5. Buku teks 5 tahun yang akan ditukar :
a. Adik ku Pandai Membaca - (buku latihan)
b. English - (Buku Teks)
c. Asas Alquran dan Hadis - (Buku Teks)
d. Bahasa Arab - Buku teks)
5.Setiap kali mesyuarat kawasan perlu dimasukkan agenda KEBAJIKAN.

Friday, September 12, 2008

PEKELILING JABATAN PENDIDIKAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI)
Pejabat Sekretariat PASTI Negeri SelangorNo. 4, Jalan 6, Taman Mesra
Batu 13 1/2 Jln Cheras-Kajang, Kajang, Selangor.Tel/Fax : 03-8733 5850


PAS/DPPN.08/3.09(6) 3 september 2008/ 3 Ramadhan1429 H

Kepada :

Ketua Unit-Unit
Pengerusi PASTI Kawasan Kawasan
Pengurus PASTI Cawangan-cawangan
Guru-guru PASTI seluruh Negeri

Tuan/puan,

PEKELILING KEPUTUSAN-KEPUTUSAN MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR PADA 31 Ogos 2008

Perkara diatas adalah dirujuk.

Pihak tuan diminta mengambil tindakan diatas perkara-perkara berikut:-
Sila ambil tindakan yang sewajarnya.

i) 17 September (Rabu) adalah cuti sempena Nuzul Quran
ii) Cuti Persekolah sempena Hari Raya ’Adilfitri 1429H adalah 27 September
sehingga 5 Oktober 2008. Persekolahan bermula seperti biasa pada 6 Oktober 2008.
iii) Peperiksaan akhir tahun pada 13 Oktober sehingga 16 Oktober 2008.
iv) Peperiksaan setara pelajar terbaik cawangan ke kawasan pada 3 November 2008.
v) Peperiksaan setara pelajar terbaik kawasan ke Negeri pada 7 November 2008 (tempat akan dimaklumkan kemudian).

Segala kerjasama didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira. Sebarang masalah sila hubungi saya (0122800458) atau saudara Hafiz di talian 013-3449306. Perhatian yang tinggi serta kerjasama saudara amatlah dihargai.

Sekian ,terima kasih.
“ GURU PENDIDIK SEPANJANG ZAMAN”
” PASTI FOR ALL ”

Yang Berusaha,

………………………..
Setiausaha Jabatan PASTI Negeri Selangor
Sk. Pengarah PASTI Negeri
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Setiauasha PASTI Pusat.

Tuesday, September 9, 2008

Panduan Penubuhan PASTI



Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek Syahsiyyah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada ISLAM, IMAN DAN IHSAN. Mengambil kira potensi dan bakat yang sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa, sosio emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam. Usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cintakan negara serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai oleh Allah s.w.t di dunia dan akhirat. Oleh itu, untuk mencapai usaha yang digariskan, berikut merupakan panduan penubuhan dan pendaftaran PASTI di peringkat cawangan :


Modus Operandi
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk proses penubuhan dan pendaftaran PASTI :

a) Langkah Pertama (Bulan Julai)
Menubuh dan membentuk ahli jawatankuasa Jemaah Pengurus PASTI Cawangan. (Terdiri daripada Pengurus, Penolong Pengurus, Setiausaha, Bendahari dan tujuh orang AJK)

b) Langkah Kedua ( Bulan Ogos)
Perancangan tahap persiapan kelas PASTI, iaitu :
i) anggaran kewangan dan modal awal (rujuk lampiran 1)
ii) tahap persiapan mulai dari pengambilan murid sehingga kelas PASTI beroperasi.
iii) Pengagihan Tugas berdasarkan unit-unit yang dibentuk. (unit pendaftaran dan promosi, unit hal ehwal guru, unit peralatan & bekalan buku teks dll)

c) Langkah Ketiga (Bulan September)
Persiapan tempat (rujuk lampiran 2) adalah terdiri daripada :
i) Persekitaran yang sesuai dan selamat.
ii) Keluasan yang selesa.
iii) Dokumen perjanjian/persetujuan untuk menggunakan tapak antara pemilik dangan PASTI.

d) Langkah Keempat (Bulan September)
Penyediaan guru PASTI :
i) Iklankan jawatan guru
ii) Temuduga guru. Pastikan kelayakan guru PASTI dan syarat-syarat perkhidmatan dipatuhi. (rujuk lampiran 3).
iii) Hantar guru berkursus (Kursus Asas).


e) Langkah Kelima (Bulan Oktober)
Promosi pengambilan murid :
i) Iklan melalui kain sepanduk (banner) dan lain-lain.
ii) Edarkan poster/brosur/risalah penerangan PASTI.

f) Langkah Keenam (Bulan Januari)
Kelas PASTI mula beroperasi :
i) Aturkan pendaftaran pelajar dan melaksanakan resit penerimaan bayaran.
ii) Ibubapa mengisi borang pendaftaran masuk (rujuk lampiran 4)
iii) Setiap pendaftaran murid hendaklah diisi dalam Buku Daftar Murid.

Sunday, September 7, 2008

Tabung Kebajikan PASTI Pusat



Ini merupakan maklumat tabung kebajikan PASTI Pusat, sebarang tuntutan boleh diserahkan kepada Bendahari PASTI Kawasan.

Thursday, September 4, 2008

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun Pasti 2008



Untuk panduan awal pengurus-pengurus PASTI Cawangan. Edaran yang lengkap akan diberi pada waktu mesyuarat PASTI Kawasan nanti.


Monday, September 1, 2008

Borang Tahlil Arwah Pusat


PERKARA PENTING DI DALAM MESYUARAT PASTI NEGERI

Salam Ramadhan
Semoga ramadhan pada tahun ini dapat meningkatkan lagi ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah swt. Berikut merupakan perkara penting di dalam mesyuarat PASTI negeri.
1. Tarikh peperiksaan akhir tahun PASTI 2008 (6 & 5 tahun) - bermula 13 oktober hingga 16 Oktober 2008 (Jadual waktu boleh diambil semasa mesyuarat PASTI kawasan nanti - 6/09/2008)
2. Sila jalankan kutipan sumbangan Dana Bangunan PASTI dan sumbangan tahlil arwah sempena ramadhan 1429H (Surat edaran kepada ibu bapa boleh diambil semasa mesyuarat PASTI Kawasan nanti - 6/09/2008)
3. Cuti Hari Raya bermula 29/9/2008 hingga 5/10/2008 (Walaubagaimanapun sila tunggu pekeliling dari PASTI negeri nanti)
4. Majlis Khatam Al-Quran Guru PASTI negeri selangor pada 17 ramadhan (17 september 2008) di Pejabat PAS Klang Bandar, jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. (10 orang guru setiap kawasan)
5. Sila serahkan tempahan buku teks PASTI dan peralatan untuk tahun 2009 bersama deposit 20% kepada bendahari (Tn Hj. Zakaria) sebelum 10 september 2008

Thursday, August 28, 2008

Marhaban Ya.... Ramadhan

Ramadhan tiba....Ramadhan tiba...
Firman Allah swt..." wahai orang2 yang beriman hendaklah kamu berpuasa sebagaimana umat terdahulu moga kamu bertaqwa kepada Allah".. Insyaallah 2 @ 3 hari lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan yang mulia . Mudahan-mudahan ibadah kita pada tahun ini adalah yang terbaik berbanding tahun-tahun yang telah kita tinggalkan...Marilah sama2 kita merenung khutbah yang disampai oleh Rasulullah saw dalam menyambut Bulan Ramadhan yang mulia :::
"""Wahai manusia

Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabb-mu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini.

Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.

Kasihilah anak yatim niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu-waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah 'Azza wa Jallaa memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia ! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)mu maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.

Ketahuilah Allah Ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al 'alamin.

Wahai manusia !

Barangsiapa diantaramu memberi buka kepada orang-orang mu`minin yang berpuasa di bulan ini maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.
(Sahabat-sahabat bertanya, "Ya, Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian".

Rasulullah meneruskan:
Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia

Siapa yang membaguskan akhlaqnya di bulan ini ia akan berhasil melewati shirath pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan- Nya.

Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.

Barangsiapa melakukan shalat fardlu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardlu di bulan yang lain.

Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.

Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat al Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam al Quran pada bulan- bulan yang lain.

Wahai manusia ! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah d dibukakan bagimu.

Setan-setan terbelenggu maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Amirul Mukminin karamallahu wajha berkata,

"Aku berdiri dan berkata, ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini ?"
Jawab Nabi' "Ya Abal Hasan ! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah..
"""

Wednesday, August 27, 2008



Info yang ditulis ini mungkin lewat dari segi beritanya.....jam 6.30pagi
(10 Ogos 2008)lagi, bersama keluarga telah bertolak ke Tol Jalan Duta untuk bersama rombongan PASTI kawasan Serdang ke program Ihtifal PASTI di Tg. Karang. Bersama2 dengan rombongan ialah YB Us Nasaruddin Mat Isa (Tim. Presiden PAS)yang membawa anaknya yang mewakili pelajar PASTI Kawasan Serdang bagi pertandingan Nasyid. Pasti Kaw. Serdang telah menghantar pasukan untuk acara/kategori :
1. Azan lelaki
2. bercerita lelaki
3. Hafazan lelaki
4. Hafazan perempuan
5. Pidato perempuan
6. Kumpulan Nasyid

Dari keseluruhan acara yang dimasuki kawasan serdang hanya memenangi bagi acara Pidato Perempuan sahaja(tempat pertama)...walaupun dari pengamatan saya kita mempunyai peluang bagi acara Nasyid (kelebihan nasyid diiringi penggunaan alatan muzik nasyid - yang dimainkan oleh anak Us Nasa)...namun apa boleh buat tak ada rezeki....SNZ

Monday, August 25, 2008

CUTI GANTI SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 31 OGOS 2008

Kepada :
Pengerusi PASTI Kawasan Kawasan
Pengurus PASTI Cawangan-cawangan
Guru-guru PASTI seluruh Negeri

Tuan/puan,

CUTI GANTI SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 31 OGOS 2008

Perkara diatas adalah dirujuk. Dimaklumkan bahawa 1hb September (Isnin) adalah cuti ganti semperna Hari Kemerdekaan yang ke-51, 31hb Ogos 2008 yang jatuh pada hari Ahad.

Oleh hal yang demikian, diharap pihak tuan/ puan dapat memaklumkan kepada murid-murid dan penjaga berkenaan cuti ini.

Pihak kami juga mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak.

Sebarang masalah sila hubungi saya (0122800458) atau saudara Hafiz di talian 013-3449306. Perhatian yang tinggi serta kerjasama saudara amatlah dihargai.

Sekian ,terima kasih.
“ KEARAH PENGURUSAN CEMERLANG PASTI SELANGOR”
” PASTI FOR ALL ”


Yang Berusaha,
t.t
Setiausaha Jabatan PASTI Negeri Selangor
Sk. Pengarah PASTI Negeri
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Setiauasha PASTI Pusat.

Thursday, August 14, 2008

Pasti sasarkan 100,000 pelajar

Lanjusoh Thu Aug 14, 08 4:23:03 pm MYT

IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti) kini mempunyai lebih 60,000 pelajar yang belajar di 1,600 kelas di seluruh negara. Manakala guru-guru pula lebih 3,000 orang.

Ketua Pengarah Pasti, Azrin Abdul Majid berkata, Pasti sehingga kini terdapat di seluruh negara termasuk dua kelas di Sarawak.

Katanya, pihak pengurusan Pasti berharap dalam tempoh tiga tahun lagi bilangan pelajar akan meningkat kepada 100,000 orang.

"Dan pada tahun depan Pasti akan merayakan sambutan ulangtahun ke-25 penubuhannya," kata beliau ketika menggulung perbahasan pada muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Stadium Indera Mulia, hari ini.

Sunday, August 10, 2008

KEMASUKAN PASTI 2009...........


Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan beterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek Syahsiyyah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada ISLAM, IMAN DAN IHSAN. Mengambil kira potensi dan bakat yang sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa, sosio emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kercedasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam.


Usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka mejadi warga yang cintakan negera serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai oleh Allah swt di dunia dan akhirat. Oleh itu kepada ibubapa yang berminat dan menyokong institusi PASTI bolehlah mendaftarkan anak-anak kita untuk sesi 2009. Berikut PASTI Cawangan di bawah selian PASTI Kawasan Serdang :


1. PASTI Al Abrar - Sg. Ramal dalam - Shamsurie (019-2708208)

2. PASTI Al Ehsan - Tmn. Impian Ehsan - Azmale (012-20555016)

3. PASTI Al Mustaqim - Tmn Sri Indah - Johari (012-6589952)

4. PASTI Badrul Munir - Tmn Taming Jaya - Saroji (019-2524090)

5. PASTI Cheras Perdana - Tmn Cheras Perdana-Hj. Rasol (012-2687865)

6. PASTI Nurul Iman - BTHO - Hj. Zakaria (019-2881755)

7. PASTI As Syakirin Fasa 4 - Jln 4 B.B. Bangi - Hj. Amir (012-2963840)

8. PASTI Seri Melor - Tmn Seri Melor - Hj. Amir (012-2963840)

9. PASTI Teras Jernang - Kg Teras Jernang - Roslan (019-2080764)

10.PASTI Fasa 2- Jln. 2 B.B.Bangi - Azhar (016-2810977)

11.PASTI Kajang Utama - Tmn Kajang Utama-Hj. Razak (013-3870476)

12.PASTI As Siddiq - Tmn SURADA - Syed (016-2010533)

13.PASTI Al-Faizin - Bdr Seri Putra - Engku (013-3426019)

14.PASTI Ar-Raudhah - Tmn. Langat Jaya - Hj. Mat (013-3831212)

15.PASTI Siti Sarah - Ahmad (019-2138008)

16.PASTI Seksyen 15 - Tmn. Seksyen 15 - Hj. Amir (013-3888009)

17.PASTI Ar-Raihan - Bdr Bukit Mahkota - Hisham (019-3020845)

18.PASTI Abqori - Tmn. Cheras Jaya - Us Majid (019-2078208)

19.PASTI Seksyen 3 - Tmn Seksyen 3 B. B. Bangi - Karim (013-3562949) Baru!

20.PASTI Tmn. Jasmin - Tmn Jasmin - Shahrom (019-3351776) Baru!

21.PASTI Tmn Kasturi - Tmn Kasturi - Mohd awi (012-2251167) Baru!

Thursday, August 7, 2008

SEJARAH—Pemaafnya Rasulullah



Setelah diperintahkan oleh Allah supaya menyebarkan dakwah Islamiah secara terang-terangan, maka Rasulullah menjalankan tugas baginda dengan penuh hikmah tetapi ditentang habis-habisan oleh kafir Quraisy Makkah. Selepas itu, baginda berubah arah ke perkampungan Thaif yang amat subur tanaman anggur. Malangnya, pemikiran orang-orang di perkampungan Thaif telah diracuni oleh Musyrikin Quraisy yang membenci baginda.

Sesampai di Thaif, semua orang memulaukan Rasulullah yang ditemani oleh Zaid bin Tsabit. Lontaran batu-batu ke batang tubuh mereka menjadi sambutan hangat ahli kampong. Manakala Zaid terus melindungi baginda Rasul supaya baginda tidak tercedera. Tetapi, badan baginda yang mulia itu tetap terluka dan keluarlah darah.

Ketika Rasulullah dan Zaid bin Tsabit melepaskan lelah di bawah sepohon pokok tiba-tiba malaikat Jibrail datang kepada Rasulullah dan meminta izin untuk menghempap penduduk Thaif yang biadap tadi dengan bukit safa. Meskipun dilukai dan dimaki hamun oleh penduduk Thaif, namun baginda tidak mengizinkan malaikat Jibrail berbuat demikian. Malah, baginda bersabda, “ Sesungguhnya mereka tidak tahu” Ternyata baginda memaafkan orang-orang yang menyakiti baginda. Itulah sifat Rasulullah yang mempunyai pandangan yang jauh di dalam gerakkerja dakwah untuk memastikan Islam terus bersinar di atas muka bumi ini............-SNZ

Wednesday, August 6, 2008

Cara Islam Mendidik untuk Bersukan....



Bulan Julai yang lalu kebanyakan PASTI di bawah ‘jajahan’ Serdang menganjurkan sukan tahunan bagi pasti cawangan masing-masing. Jika kita merujuk kepada buku ‘Tarbiyatul Al-Awlaad Fi Al-Islam’ atau terjemahannya “Child Education in Islam’ yang dikarang oleh Abdullah Nasih Ulwan telah menyatakan bahawa Islam ada menggariskan beberapa sebab dan sempadan yang perlu difahami dan diikuti di dalam mendidik kanak-kanak bersukan.

Antara sebab atau alasan mengapa Islam memberi masa bersukan untuk kanak-kanak adalah:

- Untuk memberi ruang masa kanak-kanak untuk beriadah.
- Untuk menlindungi kanak-kanak dari sebarang penyakit.
- Untuk menyesuaikan kanak-kanak dari peringkat awal lagi tentang kemahiran yang
diperlukan untuk berjuang dijalan Allah swt. (zaman Rasulullah saw sukan untuk kanak-
kanak di ’custom’ supaya kemahiran dari sukan itu boleh digunakan untuk berjihad dijalan
Allah swt. Antara sukan yang diajar ialah berlari, bergusti, berenang, memanah dan
menunggang kuda.)

Pendidik dan ibubapa perlu mengetahui sempadan yang digariskan oleh Islam di dalam kita memberi ruang bersukan untuk kanak-kanak.
1. Sempadan pertama - 'making balance'
Kita perlu 'tanam'kan di dalam diri kanak-kanak bahawa jika hendak bersukan pastikan ia seimbang dengan masa dan tugas-tugas yang lain. Bertepatan dengan amanat Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amr Ibn Al-As "Allah has a righ over you; your body has a right over you; your family has a right over you; so, give everyone his due right."
2. Sempadan kedua - 'Observing the Bounds of Allah'
a. Semasa bersukan pastikan aurat dijaga dan diberi perhatian.
b. Latihan fizikal bersukan perlu diadakan ditempat awam(orang ramai) untuk mengelak
kecurigaan.
c. Memberi galakan dengan menyediakan hadiah kepada pemenang.
3. Sempadan Ketiga - 'Declaring a Good Intention'
Sentiasa mengingati atau berpesan kepada kanak-kanak, apapun latihan fizikal atau bersukan pastikan aqidah dijaga. Iaitu sentiasa mengingati Allah swt dimana jua kita berada...SNZ

Tuesday, August 5, 2008

PASTI FOR ALL


PASTI FOR ALL
“setiap kanak-kanak Islam khususnya dan bukan Islam umumnya memperoleh peluang pendidikan selama sembilan tahun dari segi akses, ekuiti dan kualiti…….”
Pengerusi Pasti Kawasan


Alhamdulillah, segala pujian dan kesyukuran bagi Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya, PASTI dapat meneruskan bakti kepada penduduk kawasan Serdang menerusi wajah pendidikan pra sekolah Islam pada sesi ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada ibubapa sekalian kerana memberi kepercayaan kepada kami mendidik anak-anak tuan-tuan dan puan-puan di PASTI kami. Keyakinan dan sokongan tuan-tuan dan puan-puan amat kami hargai dan kami akan melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin dan seikhlas hati. Insyaallah. Ibubapa sekalian pembangunan pendidikan PASTI bagi 2005-2011 telah dirancangkan untuk menentukan setiap kanak-kanak Islam khususnya dan bukan Islam umumnya memperoleh peluang pendidikan selama sembilan tahun dari segi akses, ekuiti dan kualiti, bermula dari umur empat tahun hingga 12 tahun. Ia juga bermatlamat melaksanakan program komuniti kepada ibubapa dan masyarakat setempat (PASTI For All) .
Akses kepada pendidikan yang dimaksudkan ialah untuk memastikan semua anak warganegara Malaysia mendapat peluang pendidikan prasekolah Islam dan pendidikan KAFFAH anjuran PASTI. Dengan ini, sistem persekolahan dua tahun akan distrukturkan semula kepada sembilan tahun.

Ekuiti dalam pendidikan pula ialah untuk memastikan setiap institusi pendidikan di bawah PASTI mempunyai infrasktruktur yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, sumber kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diaktifkan.


Sistem pendidikan yang berkualiti pula mampu melahirkan insan yang beriman dan bertakwa dengan ciri-ciri peribadi unggul seperti sifat jati diri yang tinggi, inovatif, produktif, berkemahiran, berdaya saing ke arah mewujudkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Akhir kata, alhamdulillah, program pendidikan yang ditawarkan oleh PASTI telah
berjaya menyumbang kepada peningkatan kadar celik huruf, celik Al-quran sekaligus celik jawi serta pembangunan akhlak dan sahsiah kanak-kanak dinegara ini. Semua ini adalah berkat kegigihan pihak pengurusan disemua peringkat dan ketabahan, kesabaran oleh guru-guru PASTI serta sokongan dari ibubapa dan masyarakat yang tidak putus-putus.—SNZ



DIARI AKTIVITI PASTI


Ihtifal Pasti Peringkat Negeri di Tg Karang - 10 Ogos 2008
Kursus Pengurusan untuk Pengurus-pengurus PASTI - 24 Ogos 2008


INFO PASTI
Tempahan Buku Teks dan Peralatan PASTI untuk Sesi 2009 – Pengurus-pengurus perlu hantar TEMPAHAN beserta 20% deposit sebelum 26 September 2008.




BLOG PASTI SERDANG

Salam.

Keperluan IT sebagai medium perhubungan pada masa ini bukan lagi suatu yang ekslusif, tetapi sudah menjadi satu kemestian.

Menyedari hakikat ini, PASTI Serdang membina blog ini sebagai platform permulaan. Diharap selepas ini akan tampil pakar IT yang kreatif dan inovatif untuk menjadikan blog ini lebih interaktif.

Apa pun, sama-samalah kita berfikiran dan bertindak secara aktif, proaktif dan positif .

(berapa banyak tif-tif daa...)