Wednesday, October 13, 2010

LENSA SEKITAR HARI BAKAT PASTI SERDANG 2010


Nasyid Jemputan yang bertindak sebagai Juri bagi pertandingan nasyid PASTI


Acara bercerita


Acara pidato


Acara nasyid

Friday, October 8, 2010

Sunday, August 8, 2010

TEMPAHAN PASTI 2011

Salam.
Borang Tempahan 2011 PASTI Serdang telah diedarkan melalui mailgroup pengurus Pasti.
Bagi mana-mana Pasti/Pengurus yang tidak menerima emel berkenaan, sila maklumkan ke pastiserdang@yahoo.com atau pastiserdang@gmail.com untuk tindakan Pengerusi atau SU Pasti Kawasan Serdang.
Terima kasih.

Monday, July 26, 2010

Sambutan Hari Guru dan meraikan pasukan PASTI Serdang

pendaftaran oleh bendahari & ex bendahari

para tetamu dan guru PASTI yang hadir




Aluan oleh Pengerusi PASTI Kawasan


Ucapan Wakil Guru


Celoteh Pengarah PASTI Negeri Selangor


Perasmian Oleh YB Dr Shafie Abu Bakar


Program ini telah diadakan di Restoran Rimba, Seksyen 10 Bandar Baru Bangi pada 25 Julai 2010, bermula jam 8.00 mlm.
Pihak J/kuasa PASTI Kawasan amat menghargai segala usaha dan kerja baik para guru Pasti dalam mendidik anak-anak pada setiap hari.
Pasti Kawasan juga meraikan kejayaan pasukan Pasti Serdang ke Sukan PASTI Kebangsaan yang amat membanggakan. Pada Tahun ini pasukan bola sepak muncul juara dan bola jaring di tempat ketiga.


Wednesday, June 30, 2010

JOHAN BOLA SEPAK seluruh Pasti


catatan blog Dr Shafie

Tahniah !!! Pasukan Bola Sepak Pasti Al-Raudah Johan Peringkat Pusat

Bandar Baru Bangi, 14 Rajab = 27 Jun (Ahad):

Jam 3.30 petang ini ADNS Bangi menerima berita dari Pulau Pinang Pasukan Pasti Al-Raudah, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi yang mewakili Selangor berjaya menjadi JOHAN BOLA SEPAK seluruh Pasti, Seluruh Negara ! Semasa berita disampaikan mereka dalam persediaan menerima hadiah kejohanan di Kompleks Sukan Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang.. Al-Hamdulillah dan bersyukur kepada Allah di atas kejayaan ! Nampaknya mereka mendahului kejohanan Bola Sepak Dunia !


Tahniah kepada Pasukan dari Pasti Al-Raudah (beberapa pemain dipilih dari Kuala Langat dan Kajang Utama).
Tahniah kepada Jurulatih Saudara Zaidi Jamil
Tahniah kepada Pengarah Saudara Jamaluddin
Tahniah kepada Pengerusi Pasti Serdang Saudara Shahrul Nizam
Tahniah kepada Pengerusi Pasti Peringkat Negeri Selangor
Tahniah kepada Ibu bapa yang mengiringi anak-anak mereka ke Pulau Pinang.
Allah memberi ganjaran kepada mereka di atas doa, semangat dan perangsang terhadap anak-anak mereka di dalam pertandingan.

Sementara itu Pasti Al-Shakirin Taman Impian Ehsan, Balakong memenangi tempat ketiga bagi pertandingan bola tampar (perempuan) pada peringkat pusat. Tahniah juga kepada mereka.

Sebaik menerima maklumat kejayaan. ADNS Bangi segera menghubungi AJK Sukan Pas Kawasan, mencadangkan untuk mengadakan sambutan kepulangan mereka. Setelah menghubungi Pulau Pinang, dimaklumkan sebahagian dari anak-anak dibawa bercuti ibu-bapa mereka dan tak pulang bersama. Setengahnya pulang berasingan dan tidak sama waktu dan ketibaan bas adalah sebelum subuh pagi esok, maka cara sambutan atau terus diadakan majlis kesyukuran dan penghargaan akan dibincang dan diaturkan.

Tahniah dan bersyukur kepada Allah.

Allahu Akbar !!!

Saturday, April 17, 2010

Sekitar Sukan Pasti 2010

Sukan Bolasepak dan Bola Jaring PASTI kawasan Serdang telah diadakan pada 17 April 2010, di Padang Awam, Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.


Setinggi-tinggi pernghargaan kepada YB Dr Shafie Abu Bakar yang sudi hadir merasmikan Sukan Pasti Kawasan Serdang



Tuan Haji Shahronizam, Pengerusi Pasti Kawasan Serdang mengalu-alukan kehadiran semua pasukan dan para ibubapa.



YB Dr Shafie memberi kata semangat dan sokongan agar semua pasukan bermain dengan penuh semangat persaudaraan dan kesukanan.

Ikrar dari para pasukan yang hadir.



Perlawanan Bola Jaring dimenangi oleh Pasukan Pasti Al Huffaz, Sg Ramal Luar.
Naib Johan, Pasti Al Ehsan.


Perlawanan Bola Sepak dijuarai oleh Pasti Al Raudhah buat kali kedua. Manakala Pasti Al Ehsan di tempat kedua.

Jawatankuasa Penganjur Sukan Pasti Kawasan Serdang 2010 mengucapkan tahniah kepada semua pasukan dan terima kasih atas bantuan dan kerjasama semua pihak.

Semoga segala usaha dan amal baik semua pihak diberi berkat dan rahmat oleh ALlah Taala.

Monday, April 5, 2010

Sukan PASTI Kawasan Serdang





Menjelang Sukan PASTI Kawasan Serdang pada 17 April 2010. Acara akan diadakan di Padang Tasik Cempaka, bermula seawal 7.30 pagi untuk pendaftaran dan perlawanan liga.

Semoga semua urusan dan perlawanan akan diberkati ILahi dan berlangsung dengan baik.

Monday, January 4, 2010

Menarik di Pasti Selangor

Perutusan Ketua Pengarah PASTI Malaysia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, salawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan pengikut baginda yang setia hingga akhir zaman.

Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana dapat menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Seterusnya, tahniah saya ucapkan kepada warga kerja Jabatan Pendidikan Pasti di semua peringkat, guru serta ibu bapa atas kejayaan membuka kelas pengajian di cawangan Pasti di seluruh negara pada sesi persekolahan 2010 ini.

Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun hijrah 1431. Semoga tahun baru ini memberi kekuatan kepada kita meningkatkan amal solih untuk kesejahteraan hidup di dunia dan menjadi bekalan terbaik demi kehidupan di akhirat.

Pasti adalah tempat anak-anak diasuh dan dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang bertujuan membangunkan rohani, emosi, intelek dan jasmani mereka mengikut acuan Islam. Sebagai ibu bapa, menghantar anak belajar di Pasti adalah memenuhi tanggungjawab memberi pendidikan asas Islam kepada mereka. Anak kita ibarat kain putih. Pendidikan akan mencorakkan kehidupan mereka pada masa hadapan, sama ada mereka akan menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. Sudah tentu, pendidikan Islam akan menjadi penunjuk jalan dan pembimbing terbaik untuk menyelamatkan mereka mengharungi kehidupan agar tidak terjerumus kepada kesesatan atau kemurkaan Allah.

Selain daripada aktiviti dalam bilik darjah, Pasti Malaysia juga merancang untuk mengadakan Hari Anugerah Murid Pasti Cemerlang pada 30 Januari 2010 di UIA, Selangor, Ijtima’ dan Sambutan Hari Guru di Kuala Terengganu, Sukan Pasti pada bulan Jun, di USM, Pulau Pinang dan Ihtifal Pasti peringkat Kebangsaan pada bulan Oktober, di Ipoh, Perak.

Kelas Asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah Harian (Kaffah) juga akan bermula pada bulan Februari nanti. Saya berharap agar ibu bapa sekalian akan memberi sumbangan dan sokongan untuk menjayakan program pembangunan iman serta insan yang dilaksanakan di Pasti di seluruh negara.

Semoga anak-anak kita akan mendapat pendidikan terbaik di Pasti manakala kita akan menjadi ibu bapa dan komuniti yang sentiasa mendokong usaha pembangunan pendidikan terbaik kepada mereka. Bangunkan jiwa anak-anak kita dengan semangat persaudaraan dan perpaduan sejati. Corakkan kain putih itu dengan celupan ilahi.

Terima kasih.

Azrin bin Ab. Majid