
Tuesday, December 15, 2009
Wednesday, November 4, 2009
Kaafah
M Yarisman Wed Oct 28, 09 9:56:00 am MYT
KOTA BHARU, 28 Okt: Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti) Malaysia akan memperkenalkan Kurikulum Kaafah (Kurikulum Asas Fardhu Ain dan Asas Fardhu Kifayah) dalam kurikulum pembelajaran Pasti.
Pengarahnya, Azrin Abd Majid berkata, kurikulum baru bermatlamat menarik semula kanak-kanak lepasan Pasti yang berada di tahap satu kembali semula ke Pasti.
"Mereka boleh mendapat pendidikan lanjutan dalam bentuk modul pendidikan Islam dan juga akademik selama 30 minggu setahun,"katanya di sini.
Katanya, pelancaran kurikulum itu nanti akan mencetuskan sejarah baru buat Pasti.
Menurutnya kurikulum Kaafah juga merupakan konsep usrah atau tuisyen kepada anak-anak yang berusia seawal tujuh tahun.
Beliau juga berkata, sambutan terhadap Pasti begitu menggalakkan termasuk anak-anak bukan Islam dihantar belajar di kelas Pasti.
"Kita juga menubuhkan Pasti khusus untuk anak-anak orang bukan Islam seperti di Kuala Kangsar, Perak iaitu anak-anak orang India yang tinggal di ladang di negeri itu.
"Kami juga mewujudkan Pasti di Bagan Nakhoda Omar Kelang, Selangor di mana seramai 20 pelajar anak kaum Tionghua,"katanya.
Manakala di Kelantan terdapat Pasti yang dibuka di kampung penduduk Siam.
Kata beliau Pasti membuka Pasti yang 'multiratio' bagi memberi pendidikan khusus kepada anak-anak di kawasan penduduk pelbagai kaum.
Beliau juga berkata, cabaran dengan wujudnya kelas prasekolah di sekolah kebangsaan dan projek Permata Negara pada peringkat awal ada sedikit kesan kepada Pasti.
"Namun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini Pasti menunjukkan lonjakan pertambahan pelajar yang sangat menggalakkan.
"Jelas berlaku pertambahan bilangan pelajar dengan adanya kerajaan Pakatan," katanya.
Mengenai sambutan 25 Tahun Pasti Malaysia, beliau berkata objektif sambutan itu bagi menghargai tenaga pencetus dan penggerak zaman awal penubuhannya. Katanya, pencapaian Pasti selama 25 tahun dapat merapatkan ukhuwah di kalangan saf kepimpinan Pasti Pusat, negeri, kawasan dan cawangan.
Sambutan itu akan diadakan 30 dan 31 Oktober ini bertempat di Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV. Perasmiannya akan dilakukan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Manakala pada malamnya akan diadakan ceramah perdana yang akan disampaikan Naib Presiden PAS, Datuk Mahmuf Omar; Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan dan Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaludin.
Dan pada 31 Oktober diadakan perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Pasti Malaysia.
Thursday, October 8, 2009
Sunday, September 13, 2009
Tuesday, July 28, 2009
PEKELILING TEMPAHAN TAHUN 2010
Kepada,
Tuan/ Puan,
Pengerusi-pengerusi PASTI kawasan
Assalamualaikum w.b.t
Makluman Tempahan Buku Teks dan Peralatan PASTI
Merujuk perkara di atas, pihak pengurusan PASTI negeri Selangor sukacita memaklumkan bahawa tempahan buku teks dan peralatan PASTI bagi sesi 2010 telah dibuka.
2. Pihak tuan/ puan boleh membuat tempahan tersebut bermula dari tarikh penghantaran surat ini sehingga 15 SEPTEMBER 2009 bersama-sama dengan pembayaran deposit. Kelewatan membuat tempahan akan mengganggu kerja-kerja pengurusan. Manakala pembayaran deposit bagi tempahan tambahan pula perlu dijelaskan sebelum 30 OKTOBER 2009. Bayaran deposit adalah sebanyak 20% daripada jumlah tempahan yang dibuat.
3. Untuk tambahan tempahan boleh dilakukan dari tarikh 15 September hingga pada 30 OKTOBER 2009. (Hanya untuk penambahan tempahan sahaja.)
3. Sila rujuk lampiran panduan dan borang tempahan yang dikepilkan untuk membuat tempahan.
Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“Islam Memimpin Perubahan”
Yang benar,

………………………
Mohd. Alhafiz B. Adzhan
Pengurus
Asshafie Management .
( 1 )
PANDUAN TEMPAHAN
- Isi borang tempahan yang disediakan. Pastikan kuantiti dan kategori tempahan dibuat dengan betul.
- Sebarang pindaan atau tambahan pada borang tempahan hendaklah dibuat sebelum 15 OKTOBER 2009.
- PASTI kawasan/cawangan perlu membayar deposit sebanyak 20% semasa menghantar borang tempahan kepada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama
Asshafie Management (no akaun : 12092010020510)
@
PASTI NEGERI SELANGOR (no akaun 14180010002211)
sebelum atau pada 15 September 2009.
- Baki bayaran perlu dijelaskan semasa pengambilan tempahan dari Asshafie Management. Cek atau wang tunai hendaklah diserahkan kepada bendahari atau individu yang bertugas pada hari berkenaan. (Dibenarkan PD cek (cek lewat tarikh) untuk 1 keping cek pertubuhan/syarikat/peribadi yang sama bertarikh sebelum 15 Januari 2010.)
- Sekiranya PASTI Kawasan mempunyai tunggakan hutang ( Tahun 2009 @ sebelumnya ), ia mestilah menjelaskan hutang tersebut sebelum atau pada 30 OKTOBER 2009. Sekiranya bayaran tidak diterima pada tarikh tersebut, maka semua tempahan akan dibuat melalui cawangan sahaja.
- Pastikan semua pembayaran menerima resit asal PASTI.
- Setiap salinan invois dan resit akan diberikan kepada Ketua Pemuda/Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan.
- Semua hutang akan dimasukkan dalam laporan dan minit mesyuarat penuh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.
- sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi :
- Mohd. alhafiz B. Adzhan : 013-3449306
- Hj Rusli B. Idrus : 019-3818865
- Tel/Faks Pejabat : 03-87335850





