Tuesday, December 15, 2009

Wednesday, November 4, 2009

Kaafah

Pasti tarik pelajar tahun 1 kembali ke kelas Pasti

M Yarisman Wed Oct 28, 09 9:56:00 am MYT
KOTA BHARU, 28 Okt: Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti) Malaysia akan memperkenalkan Kurikulum Kaafah (Kurikulum Asas Fardhu Ain dan Asas Fardhu Kifayah) dalam kurikulum pembelajaran Pasti.

Pengarahnya, Azrin Abd Majid berkata, kurikulum baru bermatlamat menarik semula kanak-kanak lepasan Pasti yang berada di tahap satu kembali semula ke Pasti.

"Mereka boleh mendapat pendidikan lanjutan dalam bentuk modul pendidikan Islam dan juga akademik selama 30 minggu setahun,"katanya di sini.

Katanya, pelancaran kurikulum itu nanti akan mencetuskan sejarah baru buat Pasti.
Menurutnya kurikulum Kaafah juga merupakan konsep usrah atau tuisyen kepada anak-anak yang berusia seawal tujuh tahun.

Beliau juga berkata, sambutan terhadap Pasti begitu menggalakkan termasuk anak-anak bukan Islam dihantar belajar di kelas Pasti.

"Kita juga menubuhkan Pasti khusus untuk anak-anak orang bukan Islam seperti di Kuala Kangsar, Perak iaitu anak-anak orang India yang tinggal di ladang di negeri itu.
"Kami juga mewujudkan Pasti di Bagan Nakhoda Omar Kelang, Selangor di mana seramai 20 pelajar anak kaum Tionghua,"katanya.

Manakala di Kelantan terdapat Pasti yang dibuka di kampung penduduk Siam.
Kata beliau Pasti membuka Pasti yang 'multiratio' bagi memberi pendidikan khusus kepada anak-anak di kawasan penduduk pelbagai kaum.

Beliau juga berkata, cabaran dengan wujudnya kelas prasekolah di sekolah kebangsaan dan projek Permata Negara pada peringkat awal ada sedikit kesan kepada Pasti.
"Namun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini Pasti menunjukkan lonjakan pertambahan pelajar yang sangat menggalakkan.

"Jelas berlaku pertambahan bilangan pelajar dengan adanya kerajaan Pakatan," katanya.
Mengenai sambutan 25 Tahun Pasti Malaysia, beliau berkata objektif sambutan itu bagi menghargai tenaga pencetus dan penggerak zaman awal penubuhannya. Katanya, pencapaian Pasti selama 25 tahun dapat merapatkan ukhuwah di kalangan saf kepimpinan Pasti Pusat, negeri, kawasan dan cawangan.

Sambutan itu akan diadakan 30 dan 31 Oktober ini bertempat di Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV. Perasmiannya akan dilakukan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Manakala pada malamnya akan diadakan ceramah perdana yang akan disampaikan Naib Presiden PAS, Datuk Mahmuf Omar; Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan dan Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaludin.

Dan pada 31 Oktober diadakan perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Pasti Malaysia.

Tuesday, July 28, 2009

PEKELILING TEMPAHAN TAHUN 2010

Kepada,

Tuan/ Puan,

Pengerusi-pengerusi PASTI kawasan

Assalamualaikum w.b.t

Makluman Tempahan Buku Teks dan Peralatan PASTI

Merujuk perkara di atas, pihak pengurusan PASTI negeri Selangor sukacita memaklumkan bahawa tempahan buku teks dan peralatan PASTI bagi sesi 2010 telah dibuka.

2. Pihak tuan/ puan boleh membuat tempahan tersebut bermula dari tarikh penghantaran surat ini sehingga 15 SEPTEMBER 2009 bersama-sama dengan pembayaran deposit. Kelewatan membuat tempahan akan mengganggu kerja-kerja pengurusan. Manakala pembayaran deposit bagi tempahan tambahan pula perlu dijelaskan sebelum 30 OKTOBER 2009. Bayaran deposit adalah sebanyak 20% daripada jumlah tempahan yang dibuat.

3. Untuk tambahan tempahan boleh dilakukan dari tarikh 15 September hingga pada 30 OKTOBER 2009. (Hanya untuk penambahan tempahan sahaja.)

3. Sila rujuk lampiran panduan dan borang tempahan yang dikepilkan untuk membuat tempahan.

Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“Islam Memimpin Perubahan”

Yang benar,




………………………

Mohd. Alhafiz B. Adzhan

Pengurus

Asshafie Management .

( 1 )

PANDUAN TEMPAHAN

  1. Isi borang tempahan yang disediakan. Pastikan kuantiti dan kategori tempahan dibuat dengan betul.
  2. Sebarang pindaan atau tambahan pada borang tempahan hendaklah dibuat sebelum 15 OKTOBER 2009.
  3. PASTI kawasan/cawangan perlu membayar deposit sebanyak 20% semasa menghantar borang tempahan kepada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama

Asshafie Management (no akaun : 12092010020510)

@

PASTI NEGERI SELANGOR (no akaun 14180010002211)

sebelum atau pada 15 September 2009.

  1. Baki bayaran perlu dijelaskan semasa pengambilan tempahan dari Asshafie Management. Cek atau wang tunai hendaklah diserahkan kepada bendahari atau individu yang bertugas pada hari berkenaan. (Dibenarkan PD cek (cek lewat tarikh) untuk 1 keping cek pertubuhan/syarikat/peribadi yang sama bertarikh sebelum 15 Januari 2010.)
  2. Sekiranya PASTI Kawasan mempunyai tunggakan hutang ( Tahun 2009 @ sebelumnya ), ia mestilah menjelaskan hutang tersebut sebelum atau pada 30 OKTOBER 2009. Sekiranya bayaran tidak diterima pada tarikh tersebut, maka semua tempahan akan dibuat melalui cawangan sahaja.
  3. Pastikan semua pembayaran menerima resit asal PASTI.
  4. Setiap salinan invois dan resit akan diberikan kepada Ketua Pemuda/Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan.
  5. Semua hutang akan dimasukkan dalam laporan dan minit mesyuarat penuh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.
  • sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi :

  • Mohd. alhafiz B. Adzhan : 013-3449306
  • Hj Rusli B. Idrus : 019-3818865
  • Tel/Faks Pejabat : 03-87335850

Monday, May 11, 2009




dari blog ADUN Bangi



SUKAN BOLASEPAK DAN BOLAJARING PASTI SERDANG 2009
(klik untuk maklumat lanjut)

Sebanyak 16 buah PASTI di kawasan Serdang telah mengambil bahagian dalam kejohanan tahunan ini. Kejohanan berlangsung di padang bersebelahan Taman Rekreasi Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Apa yang menarik ialah komitmen ibu bapa terhadap kejohanan ini. Mereka telah menjadi jurulatih tidak rasmi dan memberi sokongan padu kepada pemain terutama pada perlawanan bolajaring.Mutu perlawanan bolasepak semakin meningkat .

Semua pasukan dilihat telah membuat persiapan latihan sebelum kejohanan. Dalam keghairahan pemain mengawal bola tidak ada insiden menjaring gol digawang sendiri berbanding kejohanan sebelum ini. Walau bagaimana pun masih kedapatan pemain merebut bola dengan rakan sepasukan sendiri. Semua ini adalah corak bermain semulajadi dan menjadi satu bentuk hiburan kepada ibu bapa. Melupakan sebentar beban kerja mereka dan menumpukan perhatian memerhatikan karenah anak-anak mereka.

PASTI Ar- Raudah dari Seksyen 5 berjaya menjadi johan bagi perlawanan bolsepak dan bagi perlawanan bolajaring pula dimenangi oleh PASTI Al-Ehsan .Kejohanan dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Serdang,Sdr. Adram Musa

Tuesday, April 21, 2009

Monday, April 20, 2009

SUKAN PASTI 2009


Sukan PASTI Serdang akan diadakan di Padang Awam Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi pada 26 April 2009.

Acara akan bermula dengan pendaftaran pasukan pada 7.30 pagi dan perlawanan Bola Sepak dan Bola Jaring antara PASTI dijangka bermula seawal 8.00 pagi.

Buat masa ini terdapat 21 PASTI di Kawasan Serdang dan dijangka perlawanan akan meriah
dengan pelbagai keletah dan ragam anak-anak PASTI.

Semoga acara yang diadakan mendapat berkat dan rahmat dari ILahi.. amiin.








Tuesday, February 24, 2009

Sri Siantan, Jalan Sungai Tua, Batu Caves


untuk panduan peserta/pengurus,
Kursus Guru/Pengrus Pasti Negeri Selangor

Monday, January 12, 2009

SENARAI BUKU TEKS 2009


Kepada ;
Pengarah-Pengarah Jabatan PASTI Negeri

Tuan ;

PEKELILING 1/2009

Perkara di atas adalah dirujuk.

Pihak tuan diminta mengambil tindakan di atas perkara-perkara berikut :-

1. Semua murid 4 tahun dikehendaki menggunakan buku aktiviti PASTI (Kurikulum 4 tahun).

2. PASTI Negeri diminta menghantar jumlah murid beserta senarai nama yang berstatus anak yatim yang miskin dan wajar menerima sumbangan buku teks percuma ke pejabat PASTI Pusat untuk tujuan pengecualian pembayaran buku teks.

Sila ambil tindakan yang sewajarnya.

Segala kerjasama didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas;


Kamarul Arif Bin Ambak
Setiausaha

s.k : Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat
: Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Pendidikan DPPP

Wednesday, January 7, 2009

MAKLUMAT KEMASUKAN MURID DI PASTI KAWASAN-KAWASAN 2009

Assalamu'alaikum w.r.t

MAKLUMAT KEMASUKAN MURID DI PASTI KAWASAN-KAWASAN 2009

Sukacita, ingin menarik perhatian tuan-tuan & puan-puan berkaitan perkara di atas.

1. Sila berikan kerjasama untuk melengkapkan butiran bilangan murid 2009 ( mengikut jantina (lelaki& perempuan) dan jumlah semua murid) dan catatkan jika terdapat murid selain berbangsa melayu. Sebelum 19 januari 2009. Butiran bilangan murid ini perlu dikemaskinikan pada tarikh-tarikh berikut :
a) 30 Januari 2009
b) 30 Mei 2009 ##( maklumkan jika ada perubahan)

2. Butiran bilangan kelas ( kelas 4tahun, kelas 5 tahun, kelas 6 tahun)

sekian terima kasih

Yang Menjalankan amanah

Mohd. al-hafiz B. adzhan
SUK PASTI SELANGOR

*mohon kerjasama pengurus menghantar maklumat ini kepada Azhar Padzin (0193227478)

Thursday, January 1, 2009

Halatuju PASTI Kawasan Serdang Bagi Tahun 2009 2010






Sebarang perancangan dan tindakan perlulah mengambil kira halatuju yang digariskan. Di harap kita sama-sama dapat merealisasikan halatuju.