Tuesday, July 28, 2009

PEKELILING TEMPAHAN TAHUN 2010

Kepada,

Tuan/ Puan,

Pengerusi-pengerusi PASTI kawasan

Assalamualaikum w.b.t

Makluman Tempahan Buku Teks dan Peralatan PASTI

Merujuk perkara di atas, pihak pengurusan PASTI negeri Selangor sukacita memaklumkan bahawa tempahan buku teks dan peralatan PASTI bagi sesi 2010 telah dibuka.

2. Pihak tuan/ puan boleh membuat tempahan tersebut bermula dari tarikh penghantaran surat ini sehingga 15 SEPTEMBER 2009 bersama-sama dengan pembayaran deposit. Kelewatan membuat tempahan akan mengganggu kerja-kerja pengurusan. Manakala pembayaran deposit bagi tempahan tambahan pula perlu dijelaskan sebelum 30 OKTOBER 2009. Bayaran deposit adalah sebanyak 20% daripada jumlah tempahan yang dibuat.

3. Untuk tambahan tempahan boleh dilakukan dari tarikh 15 September hingga pada 30 OKTOBER 2009. (Hanya untuk penambahan tempahan sahaja.)

3. Sila rujuk lampiran panduan dan borang tempahan yang dikepilkan untuk membuat tempahan.

Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“Islam Memimpin Perubahan”

Yang benar,




………………………

Mohd. Alhafiz B. Adzhan

Pengurus

Asshafie Management .

( 1 )

PANDUAN TEMPAHAN

  1. Isi borang tempahan yang disediakan. Pastikan kuantiti dan kategori tempahan dibuat dengan betul.
  2. Sebarang pindaan atau tambahan pada borang tempahan hendaklah dibuat sebelum 15 OKTOBER 2009.
  3. PASTI kawasan/cawangan perlu membayar deposit sebanyak 20% semasa menghantar borang tempahan kepada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama

Asshafie Management (no akaun : 12092010020510)

@

PASTI NEGERI SELANGOR (no akaun 14180010002211)

sebelum atau pada 15 September 2009.

  1. Baki bayaran perlu dijelaskan semasa pengambilan tempahan dari Asshafie Management. Cek atau wang tunai hendaklah diserahkan kepada bendahari atau individu yang bertugas pada hari berkenaan. (Dibenarkan PD cek (cek lewat tarikh) untuk 1 keping cek pertubuhan/syarikat/peribadi yang sama bertarikh sebelum 15 Januari 2010.)
  2. Sekiranya PASTI Kawasan mempunyai tunggakan hutang ( Tahun 2009 @ sebelumnya ), ia mestilah menjelaskan hutang tersebut sebelum atau pada 30 OKTOBER 2009. Sekiranya bayaran tidak diterima pada tarikh tersebut, maka semua tempahan akan dibuat melalui cawangan sahaja.
  3. Pastikan semua pembayaran menerima resit asal PASTI.
  4. Setiap salinan invois dan resit akan diberikan kepada Ketua Pemuda/Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan.
  5. Semua hutang akan dimasukkan dalam laporan dan minit mesyuarat penuh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.
  • sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi :

  • Mohd. alhafiz B. Adzhan : 013-3449306
  • Hj Rusli B. Idrus : 019-3818865
  • Tel/Faks Pejabat : 03-87335850

Monday, May 11, 2009




dari blog ADUN Bangi



SUKAN BOLASEPAK DAN BOLAJARING PASTI SERDANG 2009
(klik untuk maklumat lanjut)

Sebanyak 16 buah PASTI di kawasan Serdang telah mengambil bahagian dalam kejohanan tahunan ini. Kejohanan berlangsung di padang bersebelahan Taman Rekreasi Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Apa yang menarik ialah komitmen ibu bapa terhadap kejohanan ini. Mereka telah menjadi jurulatih tidak rasmi dan memberi sokongan padu kepada pemain terutama pada perlawanan bolajaring.Mutu perlawanan bolasepak semakin meningkat .

Semua pasukan dilihat telah membuat persiapan latihan sebelum kejohanan. Dalam keghairahan pemain mengawal bola tidak ada insiden menjaring gol digawang sendiri berbanding kejohanan sebelum ini. Walau bagaimana pun masih kedapatan pemain merebut bola dengan rakan sepasukan sendiri. Semua ini adalah corak bermain semulajadi dan menjadi satu bentuk hiburan kepada ibu bapa. Melupakan sebentar beban kerja mereka dan menumpukan perhatian memerhatikan karenah anak-anak mereka.

PASTI Ar- Raudah dari Seksyen 5 berjaya menjadi johan bagi perlawanan bolsepak dan bagi perlawanan bolajaring pula dimenangi oleh PASTI Al-Ehsan .Kejohanan dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Serdang,Sdr. Adram Musa

Tuesday, April 21, 2009

Monday, April 20, 2009

SUKAN PASTI 2009


Sukan PASTI Serdang akan diadakan di Padang Awam Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi pada 26 April 2009.

Acara akan bermula dengan pendaftaran pasukan pada 7.30 pagi dan perlawanan Bola Sepak dan Bola Jaring antara PASTI dijangka bermula seawal 8.00 pagi.

Buat masa ini terdapat 21 PASTI di Kawasan Serdang dan dijangka perlawanan akan meriah
dengan pelbagai keletah dan ragam anak-anak PASTI.

Semoga acara yang diadakan mendapat berkat dan rahmat dari ILahi.. amiin.