Tuesday, August 5, 2008

PASTI FOR ALL


PASTI FOR ALL
“setiap kanak-kanak Islam khususnya dan bukan Islam umumnya memperoleh peluang pendidikan selama sembilan tahun dari segi akses, ekuiti dan kualiti…….”
Pengerusi Pasti Kawasan


Alhamdulillah, segala pujian dan kesyukuran bagi Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya, PASTI dapat meneruskan bakti kepada penduduk kawasan Serdang menerusi wajah pendidikan pra sekolah Islam pada sesi ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada ibubapa sekalian kerana memberi kepercayaan kepada kami mendidik anak-anak tuan-tuan dan puan-puan di PASTI kami. Keyakinan dan sokongan tuan-tuan dan puan-puan amat kami hargai dan kami akan melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin dan seikhlas hati. Insyaallah. Ibubapa sekalian pembangunan pendidikan PASTI bagi 2005-2011 telah dirancangkan untuk menentukan setiap kanak-kanak Islam khususnya dan bukan Islam umumnya memperoleh peluang pendidikan selama sembilan tahun dari segi akses, ekuiti dan kualiti, bermula dari umur empat tahun hingga 12 tahun. Ia juga bermatlamat melaksanakan program komuniti kepada ibubapa dan masyarakat setempat (PASTI For All) .
Akses kepada pendidikan yang dimaksudkan ialah untuk memastikan semua anak warganegara Malaysia mendapat peluang pendidikan prasekolah Islam dan pendidikan KAFFAH anjuran PASTI. Dengan ini, sistem persekolahan dua tahun akan distrukturkan semula kepada sembilan tahun.

Ekuiti dalam pendidikan pula ialah untuk memastikan setiap institusi pendidikan di bawah PASTI mempunyai infrasktruktur yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, sumber kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diaktifkan.


Sistem pendidikan yang berkualiti pula mampu melahirkan insan yang beriman dan bertakwa dengan ciri-ciri peribadi unggul seperti sifat jati diri yang tinggi, inovatif, produktif, berkemahiran, berdaya saing ke arah mewujudkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Akhir kata, alhamdulillah, program pendidikan yang ditawarkan oleh PASTI telah
berjaya menyumbang kepada peningkatan kadar celik huruf, celik Al-quran sekaligus celik jawi serta pembangunan akhlak dan sahsiah kanak-kanak dinegara ini. Semua ini adalah berkat kegigihan pihak pengurusan disemua peringkat dan ketabahan, kesabaran oleh guru-guru PASTI serta sokongan dari ibubapa dan masyarakat yang tidak putus-putus.—SNZ



DIARI AKTIVITI PASTI


Ihtifal Pasti Peringkat Negeri di Tg Karang - 10 Ogos 2008
Kursus Pengurusan untuk Pengurus-pengurus PASTI - 24 Ogos 2008


INFO PASTI
Tempahan Buku Teks dan Peralatan PASTI untuk Sesi 2009 – Pengurus-pengurus perlu hantar TEMPAHAN beserta 20% deposit sebelum 26 September 2008.




No comments: