Tuesday, September 9, 2008

Panduan Penubuhan PASTI



Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek Syahsiyyah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada ISLAM, IMAN DAN IHSAN. Mengambil kira potensi dan bakat yang sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa, sosio emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam. Usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cintakan negara serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai oleh Allah s.w.t di dunia dan akhirat. Oleh itu, untuk mencapai usaha yang digariskan, berikut merupakan panduan penubuhan dan pendaftaran PASTI di peringkat cawangan :


Modus Operandi
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk proses penubuhan dan pendaftaran PASTI :

a) Langkah Pertama (Bulan Julai)
Menubuh dan membentuk ahli jawatankuasa Jemaah Pengurus PASTI Cawangan. (Terdiri daripada Pengurus, Penolong Pengurus, Setiausaha, Bendahari dan tujuh orang AJK)

b) Langkah Kedua ( Bulan Ogos)
Perancangan tahap persiapan kelas PASTI, iaitu :
i) anggaran kewangan dan modal awal (rujuk lampiran 1)
ii) tahap persiapan mulai dari pengambilan murid sehingga kelas PASTI beroperasi.
iii) Pengagihan Tugas berdasarkan unit-unit yang dibentuk. (unit pendaftaran dan promosi, unit hal ehwal guru, unit peralatan & bekalan buku teks dll)

c) Langkah Ketiga (Bulan September)
Persiapan tempat (rujuk lampiran 2) adalah terdiri daripada :
i) Persekitaran yang sesuai dan selamat.
ii) Keluasan yang selesa.
iii) Dokumen perjanjian/persetujuan untuk menggunakan tapak antara pemilik dangan PASTI.

d) Langkah Keempat (Bulan September)
Penyediaan guru PASTI :
i) Iklankan jawatan guru
ii) Temuduga guru. Pastikan kelayakan guru PASTI dan syarat-syarat perkhidmatan dipatuhi. (rujuk lampiran 3).
iii) Hantar guru berkursus (Kursus Asas).


e) Langkah Kelima (Bulan Oktober)
Promosi pengambilan murid :
i) Iklan melalui kain sepanduk (banner) dan lain-lain.
ii) Edarkan poster/brosur/risalah penerangan PASTI.

f) Langkah Keenam (Bulan Januari)
Kelas PASTI mula beroperasi :
i) Aturkan pendaftaran pelajar dan melaksanakan resit penerimaan bayaran.
ii) Ibubapa mengisi borang pendaftaran masuk (rujuk lampiran 4)
iii) Setiap pendaftaran murid hendaklah diisi dalam Buku Daftar Murid.

No comments: