Sunday, March 18, 2012

kejadian ragut

assalam...


dimaklumkan berlaku kejadian ragut di hadapan PASTI As Shafie sekitar 6.45pagi, Hari Selasa, 13/03/2012..ibu murid PASTI telah ditendang dan beg tangan di dalam kereta dilarikan oleh 2 penjenayah bermotosikal..



atas rasa prihatin, Pengerusi PASTI Serdang, Tn Hj Shahronizam, Pengurus PASTI As Shafie, Ust Razi dan AJK PASTI Kawasan telah menziarahi keluarga mangsa pada 10.15pagi, 18/03/2012, Ahad di Seksyen 15..









PASTI Serdang dan PASTI As Shafie turut memberi sedikit sumbangan, walaupun tidak setimpal dengan trauma dan kerugian yang dialami, namun diharap dapat memberi sedikit manfaat buat keluarga berkenaan..


semoga kejadian ini memberi peringatan bersama bahawa kejadian jenayah tidak mengira tempat dan waktu..bersama kita mengambil langkah sewajarnya dan memohon perlindungan dari ALlah SWT..

No comments: