Sunday, March 25, 2012

PERKEMBANGAN PASTI SERDANG


Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan produk PAS yang telah menjangkau lebih 25 tahun. Penubuhannya telah bermula pada tahun 1988, bahkan sebelum itu lagi pada tahun 1985 telah ada sistem pendidikan pra sekolah Islam yang dikendalikan oleh beberapa Dewan Pemuda PAS Negeri, seperti TASKI di Terengganu, Putra Islam di Kelantan dan PASTI di sebelah utara Malaysia di Kedah dan Pulau Pinang. Akhirnya pada tanggal 10 April 1987, satu usul pendidikan telah diluluskan melalui muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat dan pada tahun 1988 mesyuarat jawatankuasa kerja dewan pemuda PAS Pusat telah memutuskan penggunaan nama PASTI untuk institusi pendidikan pra sekolah yang dikendalikan oleh PAS. Sehinggalah sekarang jumlah pelajar PASTI seluruh Malaysia telah menjangkau 60,000 orang. PASTI Serdang sendiri telah menjangkau 2029 orang pelajar pada tahun 2012 ini. Ini telah menggambarkan pengharapan ibubapa terhadap PASTI adalah tinggi, khususnya bagi melahiran insan soleh dan beriman kepada Allah swt. Oleh itu ia memberi cabaran kepada kami AJK PASTI bagi memastikan visi dan misi PASTI dapat dilahirkan.

No comments: